Pada 20-26 Mac yg lalu, aku n group JMG yang lain (bos2 dan pegawai seangkatan dengan aku) gi meeting dan fieldcheck di Satun dan Tarutao Island, Thailand. Biasala bila g meeting bermakna dpt jln2 free sambil dapat duit hahhahaha......mana taknye, elaun makan sampai RM195 sehari, belum masuk benda2 lain lagi....tapi keja byk sikit la...kena present paper ngan mcm 2 lg...:). Aku mcm biase, otak gila2.....x best la skema sgt.....aku brjaya mengecohkan suasana di pulau Tarutao yg serba indah ini walaupun ada bos tahap JUSA dok perhati.....
Pulau Tarutao ni digazetkan sebagai Taman Negara, jadi pelancong dihadkan supaya persekitaran terpelihara....tapi time aku dtg....ada tourist dari korea....europe dan thailand skali join kami.....bayaran chalet sangat murah 420 Bath semalam @ RM 42 jeh.......
Macam biase, as a geologist, kena cerita ckit pasal geologi ni....Pulau Tarutao mendapat nama dari panggilan Melayu iaitu pulau tertua (tapi sebab pelat Thai jadila Tarutao)..disebabkan oleh batuan disini berusia Kambrian iaitu usia paling awal dalam skala Geologi...Pulau Tarutao dibahagikan oleh dua jenis litologi iaitu Selang lapis batu pasir/syal berusia Kambrian (mungkin bahagian atas dari Formasi Machinchang di Langkawi) dan batu kapur berusia Ordovisi (correlate dari Setul Formation di Langkawi). Terdapat fosil trilobit dalam selang lapis batu pasir ini.......
Dalam meeting di Satun, aku present slide entlitled: Geochemical Analysis in Belum Area, Perak.....for prospecting economic mineralization in Belum Rainforest Area....ada la...beberapa spot untuk emas, tin, besi, kobalt etc......pasal makan x payah ckp la.....sampai muak nk makan ikan, sotong, ketam dan semua seafood lain...hari2 kami kena jamu seafood melebihi tahap org normal makan.....dan yang penting halal.....resultnya muka dan badan semakin berisi....terpaksala menghidupkan kembali rutin berjogging hahahaha.....ok la....aku attach beberapa gambar sepanjang berada disana....hope enjoy....saawadikhrap.....kok khun khrap.....